Keluarga adalah suatu kumpulan mulia yang wujud secara fitrah semula jadi di dalam kehidupan manusia. Ayah berperanan sebagai ketua keluarga dan ibu pembantu yang setia dalam melayari bahtera kehidupan. Anak-anak merupakan anugerah yang mesti dipimpin dengan penuh kasih sayang serta bersulam dengan keimanan yang teguh. Antara panduan ringkas menjadi keluarga idaman:
1- Solat berjemaah,tazkirah dan adakan perjumpaan mingguan @ bulanan.
2- Mewujudkan sikap berkasih sayang dan bertimbang rasa.
3- Hormat-menghormati antara ibu bapa dan anak-anak.
4- Ambil berat masalah yang di hadapi setiap ibubapa dan anak-anak.
Banyak lagi panduan yang boleh dijadikan panduan dalam membina keluarga idaman. Namun semua itu akan sia-sia sekiranya ramai yang hanya pandai membaca atau mendengar tetapi tidak berusaha mengaplikasikannya di dalam kehidupan.Selamat mencuba!
Monday, July 27, 2009
Keluarga Idaman
Posted by nik at 10:00 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)