BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 27, 2009

Keluarga Idaman

Keluarga adalah suatu kumpulan mulia yang wujud secara fitrah semula jadi di dalam kehidupan manusia. Ayah berperanan sebagai ketua keluarga dan ibu pembantu yang setia dalam melayari bahtera kehidupan. Anak-anak merupakan anugerah yang mesti dipimpin dengan penuh kasih sayang serta bersulam dengan keimanan yang teguh. Antara panduan ringkas menjadi keluarga idaman:
1- Solat berjemaah,tazkirah dan adakan perjumpaan mingguan @ bulanan.
2- Mewujudkan sikap berkasih sayang dan bertimbang rasa.
3- Hormat-menghormati antara ibu bapa dan anak-anak.
4- Ambil berat masalah yang di hadapi setiap ibubapa dan anak-anak.

Banyak lagi panduan yang boleh dijadikan panduan dalam membina keluarga idaman. Namun semua itu akan sia-sia sekiranya ramai yang hanya pandai membaca atau mendengar tetapi tidak berusaha mengaplikasikannya di dalam kehidupan.Selamat mencuba!

1 comments:

Abe Chik said...

Dalam membina keluarga idaman, pada peringkat awal lagi ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak terutamanya, agar terdidik dengan akhlak yang mulia. kesan yang baik akan diperolehi apabila sesebuah keluarga itu menghormati antara satu sama lain,ambil berat dan berkasih sayang...blog yang menarik...