BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

Ekonomi Islam vs ekonomi Konvesional

Secara asasnya, ekonomi Islam adalah = perniagaan + zakat – riba’. Ia disebut jelas dalam Quran:

“Allah menghalalkan perniagan dan mengharamkan riba’. (Al-Baqarah : 275)

Bila disebut riba’ maka ketahuilah ada 2 jenis riba’. Iaitu riba’ an-Nasi’ah / jahiliyyah dan juga riba’ al-fadl.

Namun, apa yang berlaku hari ini adalah riba’ jahiliyyah menguasai ekonomi dunia menerusi dana-dana pemodal yang menguasai institusi kewangan dan perbankan. Sedangkan asas ekonomi Islam tidak begitu.

Bagaimana bank-bank konvensional bergerak adalah bermula dengan modal RM 1 juta sebagai contoh. Modal asal mereka itu ditambah pula dengan deposit orang ramai yang kita andaikan bernilai RM 500 ribu. Maka, dengan ini mereka boleh memberi hutang kepada orang ramai sehingga RM 1.4 juta.

Katakan bank konvesional tadi hanya mengambil 5% kadar faedah selama setahun, maka keuntungan yang bakal diperolehi adalah RM 70 000, hasil dari RM 1.4 juta itu tadi. Dan inilah yang dinamakan sebagai hasil riba’.

Apa yang berlaku secara umum adalah, anda sebagai pendeposit di bank konvensional akan memperolehi 3% kadar faedah simpanan, dan bank akan mengenakan caj 7% untuk pinjaman peribadi, 10% untuk pinjaman rumah dan kereta dan sehingga 24% untuk kad kredit. Bayangkan bagaimana keuntungan yang bakal dicipta? Harus diingat, pengiraan sebegini perlu dibuat menggunakan konsep compounding interest.

Sedangkan konsep ekonomi Islam secara umumnya bergerak atas landasan al-wadiah, Al-mudharabah, al-Musyarakah, dan juga Qardhul Hassan

2 comments:

nik said...

kembalilah kepada jlan Islam

gee said...

perbankan islam lebih selamat dan terjamin berbanding bank yang mengamalkan dasar konvesional.perbankan konvesional mementingkan keuntungan syarikat semata-mata dan tidak mengutamakan pelanggan