BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 4, 2009

Diari Program Ziarah Dakwah kedua Kg. Kuala Koyan.


Ketibaan di Kampung tersebut telah menggamit segala kenangan lalu. Apabila semua telah ada, kami berkumpul sekejap untuk mendegar sedikit taklimat. Kami bergerak ke rumah ibu dan bapa angkat masing-masing sambil membawa cenderamata ikhlas dari anak angkat yang sentiasa merindui dan mendoakan moga semua masyarakat di sini akan menerima Islam pada masa akan datang, InsyaAllah.Seperti yang telah diduga, bahawa keluarga angkat kami semua telah pun menunggu kehadiran kami yang telah lama berpisah. Hanya senyuman gembira dapat digambarkan bahawa mereka telah sekian lama menanti ketibaan kami. Berborak dan bertanya khabar bagaikan tidak lekang dari mulut kami semua, dalam masa yang sama kami mengajak supaya keluarga menerima Islam.

Alhamdulillah, Harapan bertukar menjadi realiti apabila salah seorang ibu angkat kami telah memeluk Islam. Ada di antara kami melakukan ziarah kelompok dari rumah ke rumah keluarga angkat yang lain. Namun majoriti tidak dapat melakukan sedemikian kerana kesuntukan masa. Walau apapun kami telah berusaha sedaya mampu semoga akan tiba cahayaNya membuka hati setiap masyakat di sini menerima kebenaran yang abadi. Kami meninggal Kuala Koyan dengan lambaian yang penuh dengan harapan menggunung. Tiada yang paling bermakna dan manis bagi kami kecuali Islam menjadi pilihan buat semua insan ini yang sentiasa dalam tadahan doa mohon petunjukNya daripada kami semua.

1 comments:

chanteque304 said...

semoga mereka dikurniakan peluang untuk bersama-sama kita dalam redha Ilahi...